Aku kawen pada usia yang sangat muda .. 21 tahun.. bagi aku muda lagi la.. pastu masih nak gi belajar lagi.. tapi orang kata jodoh dah sampai.. aku tawakal dan redha.. syukur Allah kurniakan suami yang sangat baik, bertanggung jawab dan penyabar.. dia sentiasa sabar dengan setiap perangai kebudak2kan aku dulu.. InsyaAllah.. aku dah makin dewasa.. tiba saat aku pula sabar dengan segala dugaan yang bakal tiba.. suami seorang yang sangat sederhana dari segala sudut.. syukur alhamdulillah tak banyak kerenah.. yang penting dia sangat bijak mengawal isterinya yang mempunyai ego yang sangat2 tinggi dan cerewet ini.. insyaAllah aku akan balas dengan sebaik2nya.. aku akan berdoa semoga Allah jadikan aku wanita yang solehah untuk dia..
biarpun ada bidadari yang menanti dia di syurga.. aku mohon aku juga akan menjadi bidadari dia sewaktu di sana nanti.. aku pasti di syurga tak ada kedukaan.. aku harap jodoh aku panjang sehingga kami dapat melihat anak cucu cicit bersama.. ketika itu aku harap kami masih berpegangan tangan.. cewahhhhh...
Berbalik pada saat2 mengandung dulu, suami aku sangat risau keadaan aku.. aku jadi murung tapi aku syukur sbb aku boleh mengandung.. emosi ketika itu mmg tak stabil.. kadangkala sedih.. bimbang.. gembira.. tapi bila tengok perut makin membesar dan dapat lihat gerakan bayi.. perasaan gembira membuak2.. walaupun tiap2 malam aku menangis sbb takut nak bersalin.. huhuhuhu.. naluri aku mmg kuat mengatakan anak aku lelaki..
Nama Muhammad Imran mmg aku angankan sejak aku belum kawin lagi.. asalnya aku nak letak Aly Imran.. tapi suami tak berkenan dengan Aly.. tapi dia sangat2 berkenan bila dengar nama Imran.. ye lah nama dia pon mula dari huruf 'I' jugak..
Syukur sepanjang kehamilan aku tak ada masalah dalam belajar.. keputusan juga sangat2 baik ditambah sokongan padu sahabat2 di universiti..exp:roomate aku ina.. aku sangat cergas walaupon ada alahan yang sangat teruk aku jarang tunjukkan.. sepanjang mengandung aku tumpang rumah mak mertua.. kira2 1/2 jam lebih dari tempat belajar.. kadang2 tak nak susahkan ayah mertua, aku sanggup naik turun bas aja pergi balik kelas.. tapi selalunya pagi2 ayah mertua aku yang hantar..
Sepanjang aku mengandung, aku amalkan 2 surah iaitu surah Luqman dan surah Maryam.. surah Luqman untuk mohon anak yang cerdik manakala surah Maryam wajib sbb aku sangat2 takut nak bersalin.. kata orang boleh memudahkan bersalin.. =D.. surah Yusuf pula aku baca sikit-sikit sebab surah tu panjang.. baca 1 hari 1 muka pastu baca Luqman n Maryam setiap hari.. aku mohon anak yang sempurna rupa tu aja..
aku suka minum 100plus, biskut mary, soya pasar malam kg melayu.. vitamin langsung tak amik.. susu langsung tak minum tapi aku sangat suka makan yogurt, nasi mesti makan tapi akan keluar semula.. teh ais.. ais! yes suka sangat minum ais n gigit ais.. dihujung kehamilan, abg aku no 2 tu mencetuskan idea sunquick shake.. haha.. sunquick pekat letak gula shake ngan ais banyak2.. peh.. mmg ngam gile masa tu..
Alhamdulillah, Muhammad Imran lahir dengan mudah sekali walaupon agak banyak jahitan.. mungkin berkat surah Maryam aku mmg rasa sangat mudah bersalin.. tak seperti yang aku sangkakan.. sesungguhnya bersalin ketika itu sangat indah.. cuma banyak trauma n fobia sbb aku banyak terkejut waktu kene seluk n mas adoktor pecahkan ketuban.. sangat tak friendly la doktor tu.. patutnya bgtau aku dia nak wat apa biar aku ready mental ni.. aku banyak mengigau lepas bersalin.. mimpi kene seluk n mcm2 lah.. mimpi belum bersalin lah.. aduhai.. mmg trauma.. sehari sebelum bersalin aku dahtak sedap perut.. tapi aku wat dek cam biasa je.. aku masak ngan mak aku, makan tghari kadang2 aku ngadu jugak sakit perut tapi org tgk je muka aku tak kata apa..
hari makin malam.. sakit perut mcm senggugut kecil la.. datang kejap pastu hilang, datang jap pastu hilang.. suami suh gi hospital tapi aku degil tak nak pegi.. TAKUT LA.. hihihi.. sakit erlarutan sampai mlm.. akutau aku dah nak bersalin.. sakit 1 minit.. hilang 3 minit.. aku siap guna stopwatch lagi.. hehe.. suami sampai tertido sendirian menunggu keputusan aku utk ke hospital..
aku tak dapat tido.. jam 3.00 pagi aku masih mundar mandir dengan perut yang tidak selesa.. aku terus siap2 pakai baju n tudung.. semuanya aku dah ready lama aku sangkut dalam almari apa aku nak pakai bila nak gi hospital nanti.. siap je smeua aku kejut suami.. suami aku suh gtau ayah aku.. aku kejut ayah aku, dia kata dia nak hantarkan.. kami pergi bertiga ke hospital..
sampai HSA.. mak datuk ramainye menunggu.. bila nursetanya apa tanda? aku jawab le sakit selang 3 minit.. nurse suruh tunggu.. sorang2 ibu masuk dalam labour room n keluar bawa bayi.. bila nama aku nak dipanggil.. sakit perut makin kuat.. jam 6.00 pagi aku nak buang air kecil.. aku masuk bilik air keluar sikit darah warna kehitaman.. aku takut gile.. "ah kompom aku kene bersalin ni.." ahaks.. mmg le dah cukup masanya pon.. lebih kurang 39 minggu dah..
jam 8.30 pagi aku dipanggil ke bilik saringan.. masa tu takut gile sampai hilang sakit perut.. bila nurse tanya, aku ckp tadi sakit skrg dah tak sakit tapi nurse suruh aku baring jugak.. doktor seluk dia kata dah 4 cm.. dia pecahkan ketuban.. kul 9 lebih aku dihantar ke labour room..
nanti punya nanti sakit perut hilang.. aku rilek2 menikmati kedinginan kat situ.. nurse datang tanya aku tak sakit ke? siap goyang kaki lagi.. aku kata tak de pulak.. dia kata dah 6 cm tak sakit? pasti dia masukkan air kat tangan aku.. doktor singh pon masuk.. ah sudah.. jgn buat apa2 padaku..!! doktor tu tgk graf pastu dia pegang perut aku.. dia kata "kepala baby dah kat bawah.. dalam jam 12.00 mungkin awak bersalin.. awak boleh bersalin normal.." aku tgk jam baru 10.30.. lepas dia pegang sakit makin kuat.. mungkin nurse induce kasi sakit tadi.. pastu dia ada inject kat punggung aku.. aku pon tak tau apa dia..
sakit makin kuat.. aku peluk suami.. gigit lengan baju dia.. sakitnya hilang tak sampai berapa saat datang lagi.. aku sampai tak boleh nak bernafas.. tiba2 aku rasa ada benda nak kuar.. nurse sume dah tinggal aku.. dengan pantas le aku naikkan kaki nak teran.. suami tak kasi sbb nurse tak ada.. haha.. aku tak kira nak jugak teran.. sekali teran mmg tak kuar tba2 ada nurse lalu.. aku panggil nurse tu ckp nak teran..
nurse tgk dia ckp "ok dah full" dia pakai sarung tangan n siap2kan itu ini pastu dia suh teran.. alamak sakit dah ilang pulak tapi aku kuatkan tenaga meneran.... sykur alhamdulillah 2 kali teran keluar lah si kecil tu...
Wajah Imran sangat comel.. tak sangka anak aku berkulit cerah walaupon aku dan suami mmg bulan mengambang la.. mungkin aku suka minum soya pasar malam tu kot.. tapi kulit dia agak kering masa dilahirkan.. terkupas2.. kesian dia.. mak mertua aku kata sbb aku suka minum ais.. tapi tak lama.. kulit dia kembali normal semula tak lama lepas tu.. wajahnya sangat2 comel membuatkan aku merenung lama wajah dia setiap hari.. aku dan suami bukanlah cantik pun tapi kuasa Allah.. dia nak kurniakan aku anak yang sangat comel.. syukur alhamdulillah.. bukan bangga tapi aku sendiri sangat pelik.. mmg benar tak ada yang mustahil dari Allah.. jika Dia berkehendak begitu makan jadilah ia.. dan berkat bacaan surah Yusuf walaupon sehari satu muka surat je.. syukur yang penting dia sihat dan sempurna.. (dari kecik org kata aku tak lawa.. intan terpilih lah.. dayang senandung la... akak aku pulak cakap suami aku tak hensem.. haha.. ye la mungkin suami dia hensem.. tapi yang penting dari mata zahir aku wajah suami amat redup dan menyejukkan hati.. =) dari mata hati pula 1001 rasa yang sukar nak diungkapkan..)
Kehadiran Imran membawa sejuta kebahagiaan.. dia menjadi cucu kesayangan kedua2 belah pihak keluarga.. cucu sulung sebelah suami, cucu sulung lelaki sebelah aku.. mak tiri aku pula mmg tak ada anak.. jadi mmg dia jagakan Imran sepanjang aku belajar.. mmg rapat sangat2 lah dia ngan Imran..
Imran mmg banyak ikut perangai aku.. salah satunya susah nak makan.. aku sangat risau sbb aku takut dia lembab macam aku.. tak cukup zat jadi pelajaran susah nak masuk.. masa sekolah aku rajin tapi agak payah nak terima pelajaran.. aku bukan bodoh tapi agak lembab pick up.. aku pasti sbb kurang zat waktu tu.. sib baik dpt juga genggam ijazah dengan keputusan yang agak ok.. hehe.. so aku risau sangat Imran jadi mcm aku.. tapi ternyata satu lagi kejaiban mungkin amalan surah Luqman menjadikan Imran sangat2 terang hati dan cepat belajar.. tapi biasalah Penyakit budak lelaki.. tak serius n banyak main.. syukur feedback sangat positif dari cikgu2 dia kat sekolah.. cikgu dia kata "he is very brilliant!!"
Satu perangai x elok masa mengandungkan Imran .. aku suka main game.. masa kat universiti aku kemaruk main games.. aku sanggup main sampai jam 5 pagi semata2 nak habiskan stage.. hampeh.. alamak.. imran cukup cekap main games komputer.. hmm.. x]
Jadi aku cuba amalkan amalkan amalan yang baik2 masa mengandung nak kedua ni.. aku cuba berusaha merebut peluang mendapatkan yang terbaik utk zuriat2 aku.. cuma dugaan sangat besar masa mengandung kali ni.. aku mengajar sekolah cina yang budak2 nya nauzubillah.. aku jadi sangat garang dan aku mmg tak sabar dengan kerenah mereka.. Ya Allah... aku mohon janganlah anak aku mewarisi sikap2 aku yang tidak baik.. keterlanjuran kelakuan dan percakapan ku.. aku cuba bersabar tapi aku hanya manusia biasa dan tak berdaya.. Ya Allah.. ko ampunkanlah segala kesilapan ku.. janganlah anak yang ku kandung ini menerima mudaratnya.. Itu saja yang mampu aku berikhtiar.. doa doa dan doa.. aku harap kesudahan yang baik2 sahaja dari Allah..
Ya Allah.. kurniakan aku zuriat2 yang soleh dan solehah.. zuriat yang taat pada perintah mu serta bersopan santun.. kurniakan aku zuriat yang tetap mendirikan solat.. yang tetap iman... sempurna fizikal dan mental.. sempurna iman serta akhlaknya.. AMIN..





0 comments:
Post a Comment