Our Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 18, 2011

++Dear Diary 18 September 2011++

Hua… tahun ni tak puas beraya beb.. nasib la bersalin time bulan Syawal ni.. missed rumah terbuka.. missed berkat marhaban yang bak aku bawak balik selalu.. missed nak mkn kuih raya.. tapi bila pandang si kecil tu alahai.. tak pe lah mama tak dpt mkn semua tu.. tak apalah setakat rempeyek lazat tu mama buat2 tak pandang je.. asalkn anak mama ada di sisi dan sihat selalu.. Fahmi lahir belum benar2 cuup bulan .. baru 36 minggu.. orangnya pon kecil je.. maklumlah dulu aku bersalin sulung 3.31 kali ni 2.8 je.. pelik gak.. dulu aku tak mkn apa vitamin tapi aku sental 100 plus la.. baby semangat! Kali ni aku tak missed vitamin tapi ye lah.. kita merancang Tuhan yang menentukan.. namun aku bersyukur kerana anak aku cukup sifatnya, cumil & kiut miut.. hehe..

Hari ke 6 Fahmi kene jaundis.. 15.1.. esoknya cek darah lagi 16.1 terus admit ward.. kat hosp bacaannya 18.5..aku tak nak ingat2 lagi peristiwa kat ward tu.. sedihnya tgk anak kat situ.. aku dah tak rasa yang aku pon belum sihat.. asik fikirkan Fahmi je.. 1 mlm treatment esok paginya dah turun 14.1.. Fahmi dibenarkan pulang.. tapi kuningnya masih lagi ada.. aku cuba beri BF sekerap yang mungkin n husband aku pon rajin suapkan air zam zam.. harap2 esok cek semua ok… merah padam dah kulit anak aku kene panggang kat hosp kelmarin.. sian dia..

Tak mo la cite pasal jaundis tu banyak2.. nak imbau kenangan raya di JB hehe.. mmg la best dpt beraya dengan family sendiri.. tapi yang tak best adik beradik tak dpt kumpul semua.. yang ada aku, adik2 aku Am n Nau.. pagi raya mak yong dah siapkan hidangan ketupat mini segera, ayam masak merah, kuah lodeh dan sambal kacang.. walaupon sedang sarat mengandung aku berjaya juga menyiapkan hidangan Raya permintaan suami tercinta.. fewitt.. hehhe

Pagi raya family aku mesti akan berkunjung ke rumah MB.. tujuan Cuma 1.. nak mamam Harisa.. pehhhh.. kali ni mmg sedap tak mcm tahun lepas.. esp Harisa ayam.. aku mkn 5 pinggan tu.. puas hati aku.. tapi aku tak dpt2 lagi rending.. rendang oh rendang.. raya ke 2 baru aku dpt mkn rendang mak ngah tapi rendang agak kering la. Aku mmg suka rendang.. tiap2 raya aku mesti masak rendang.. puas hati masak sendiri ikut citarasa sendiri.. kali ni suami request lauk lain aku tak larat nak tambah rendang.. aku terpaksa lupakan rendang ku ituw..

Tak sangka pula raya ke 11 aku dah bersalin.. tgk hidangan sampai ke hari ni masih sodap2 belaka.. semalam ada marhaban kat umah bak.. mcm2 mknan ada.. haii kalau aku belum bersalin mmg aku pulun cukup2.. serunding.. ayam kari.. sambal kacang.. karipap pusing.. kuih bakar.. hallamak.. marvelous! Tapi lauk aku hanyalah ikan bakar cicah asam bawang.. haha padan muke.. ok tak pe.. tgu raya haji.. aku mesti nak masak rendang paling2 3 kilo beb.. nak melantak puas2.. sib baik raya 2 kali.. kali ni best la.. dah ada ahli baru dalam family aku + baby kak wa lagi.. best! Best! =)



My family.. Fahmi masih dalam perut... =)

My happy family.. =)

Mak Ayah mertuaku..

Mak Yong berhari raya..

Kat umah Bak..

With Bak & adik..

Suami tercinta..

Adik lelaki..

Satay..

Harisa.. luv luv

Kat umah mak long Pt Org Kaya... with akak.. kak wa n adik2

2 mak yong berhari raya..

0 comments:

Post a Comment